27 February 2010

U Mobile dibeli oleh Singapura


PETALING JAYA: U Mobile Sdn Bhd’s major shareholder Tan Sri Vincent Tan is said to have struck a deal to sell a 33% stake in the celco to Singapore Technologies Telemedia Pte Ltd (STT) in a deal that could be worth RM626mil or RM5 a share.

It is learnt that a term sheet was signed this week by Tan’s company, U Television Sdn Bhd, and STT, the parent of Singapore’s second largest telco, StarHub. (The Star)
Vincent Tan akan menjual majoriti 33% saham beliau di dalam U Mobile kepada Syarikat Telekomunikasi Singapura (STT)dengan nilai RM625juta. Jika ini terjadi bermakna salah satu syarikat strategik Malaysia akan dikuasai Singapura. STT juga merupakan penyumbang utama kepada Lee Luan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Singapura pernah gagal menguasai 30% Time Dot Com sedikit masa dulu kerana tentangan hebat dari beberapa pihak.

Hakikatnya U Mobile menjadi bernilai kerana diberi lesen pengendalian 3G Spectrum. Lesen ini juga diberi kepada 3 lagi syarikat lain iaitu Maxis, Axiata dan DIGI.com. Tanpa lesen ini U Mobile hanyalah sebuah syarikat hampas yang tidak bernilai.

Inilah gaya perniagaan Vincent Tan, membeli dan menjual syarikat dengan menambah nilai syarikat-syarikat tersebut melalui perolehan lesen-lesen yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

Mungkin sedikit demi sedikit hasil dari Lee Kuan Yew bersiar-siar dari Penang, Kelantan dan rumah Najib telah mula nampak sebabnya.

Malaysian Business seharusnya mendedahkan tokoh Melayu terkayap.


Di dalam Malaysian Business keluaran khas 15 Mach 2010 kita disajikan kembali 40 tokoh terkaya dalam Negara Malaysia ini.

No satu yang terkaya adalah Robert Kuok Hock Nien dengan nilai kekayaan sebanyak RM42.8 billion dan yang ke 40 di bawah terkaya ialah Datuk Seri Nazir Tun Razak dengan nilai sebanyak RM385.1 juta.

Dari 1 hingga 40 tokoh Melayu hanya 9 orang, tokoh India hanya 2 orang dan selainnya seramai 29 tokoh terdiri dari kaum Cina.

Jika dikumpul keseluruhan nilai tokoh-tokoh Melayu yang seramai 9 orang ini ianya berjumlah RM12.8billion. Jumlah terkumpul 2 orang tokoh India sebanyak RM27.6billion dan jumlah keseluruhan seramai 29 orang tokoh Cina ialah RM116.3billion.

Angka-angka ini jelas menunjukkan tokoh-tokoh Melayu sangat tercorot di bawah. Jangankan hendak bersaing dengan tokoh Cina, persaingan dengan 2 orang tokoh India yang berjumlah RM27.6billion pun ternyata tewas.

Ini bermakna kekayaan sebenar yang dikecapi dalam Negara ini hanya berlegar-legar dikalangan kaum Cina sahaja dan Melayu masih ketinggalan jauh.

Malaysian Business dalam sekitar 1990an dan tahun 2000 pernah menyajikan juga senarai-senarai tokoh-tokoh terkaya Melayu seperti Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Tan Sri Shamsudin Abu Hassan, Tan Sri Tajudin Ramli dan ramai lagi. Mereka ini rata-ratanya proxy kepada Tun Daim Zainudin selaku Bendahari UMNO ketika itu.

Persoalannya di manakah mereka hari ini? Apakah mereka benar-benar kaya atau lakonan kepada Melayu UMNO sahaja atau DEB dimanupulasikan? Dimana Tun Daim Zainuddin ketika ini? Malah yang lebih penting di mana kekayaan mereka dahulu? Adakah Tun Daim hanya proxy kepada UMNO atau tokoh-tokoh ini hanya proxy kepada Tun Daim? Yang mana satu wang mereka, yang mana satu wang UMNO dan yang mana satu wang Tun Daim?

Hari ini Tun Daim secara senyap-senyap membuka banyak banknya, ICB atau International Commerce Bank di Negara-negara yang peraturan dan system institusi kewangannya mudah dimanipulasikan seperti Tanzania, Mali,Ghana,Gambia, Sierra Leone, South Africa dan banyak lagi yang tidak diketahui.

Dari mana datangnya kekayaan Tun Daim itu? Malah persoalan utama yang perlu diketahui berapa baki jumlah terkumpul wang UMNO yang memerintah Negara ini selama 52 tahun selepas Tun Daim meletakan jawatannya sebagai Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan?

Bagaimana saham-saham dan asset UMNO diuruskan? Bagaimana kalau dicadangkan Malaysian Business mendedahkan tokoh-tokoh Melayu yang dahulunya terkaya kini telah kayap kerana hanya menjadi proxi atau kuda kayu.

Brutal Ekonomi Jahanamkan Melayu!



Apabila Francis Yeoh meminta supaya dihapuskan subsidi dan perlindungan kepada bumiputera, pewaris YTL itu mahukan wujudmya satu suasana persaingan yang 'brutal' dalam dunia perniagaan Malaysia. Seolah-olah pertolongan kerajaan dan 'tongkat' yang diberikan bagi membantu orang Melayu itu dianggap sebagai menyekat kepada perkembangan ekonomi negara. Terang-terang dasar kapitalis ini menjadikan yang kaya akan terus menghisap darah orang miskin di mana yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah ramai serta hidup melarat.

Dasar ekonomi cadangan Francis ini akan melebarkan jarak dan jurang antara Melayu dan bukan Melayu dalam bidang ekonomi. Tidak adil untuk Francis meminta agar subsidi ditarik balik dan membiarkan orang Melayu terkial-kial mencari punca rezeki. Francis mungkin terlupa dengan kedaifan dan kemunduran orang Melayu yang berterusan sejak kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Orang Melayu ditindas oleh 3 penjajah barat iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini bermakna, Melayu telah ditindas selama lebih 400 tahun sedangkan kita baru merdeka selama 53 tahun. Hanya pada tahun 1970 apabila Dasar Ekonomi Baru itu disusun sedemikian rupa untuk membasmikan kemiskinan dikalangan orang Melayu disamping menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Itupun DEB hanya untuk tempoh 20 tahun dengan sasaran 30% kekayaan negara dikuasai oleh orang Melayu. DEB gagal mencapai matlamatnya.

Adilkah bagi Francis Yeoh, setelah gagalnya DEB mencapai target yang ditetapkan maka subsidi, pertolongan dan bantuan itu pula dihentikan.

Memang benarlah tuntutan Francis itu kejam, dahagakan darah, tak berhati perut, tak berperikemanusiaan, tak timbang rasa dan tak bertamadun.

Bagi orang Cina pula, walaupun mereka itu hanya pendatang tetapi layanan penjajah terutama Inggeris amat istimewa jika dibandingkan dengan orang Melayu dan pribumi. 100 tahun sebelum merdeka lagi, orang Cina sudah mendapat pelbagai keistimewaan daripada British khususnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Walaupun Malayan Union berjaya dihalang namun dasar-dasar British di bawah Persekutuan tanah Melayu 1948 sebenarnya tidak membawa banyak perubahan kepada orang Melayu.

Pada tahun pertama Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO, bilangan pelajar Melayu mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pelajaran hanyalah 16 orang sedangkan bilangan pelajar bukan Melayu yang mendapat biasiswa ialah 60 orang.

Pada tahun 1951 juga pendapatan digabungkan boleh cukai oleh 5,195 orang Cina ialah RM62 juta berbanding 773 orang Melayu yang mempunyai pendapatan terkumpul RM8.1 juta. Mengulas mengenai ini, ahli sejarah Victor Purcell menulis bahawa angka itu memperlihatkan perbandingan kekayaan antara kaum pada waktu itu.

Orang bukan Melayu yang majoritinya tinggal dibandar-bandar mendapat keistimewaan berbanding orang Melayu di kampung-kampung. Memang benar Perlembagaan 1948 memperakui kedudukan istimewa orang Melayu tetapi kerajaan penjajah British tidak memberi banyak ruang untuk orang Melayu membaiki nasib mereka.

Orang Melayu tidak digalakkan belajar bahasa Inggeris kerana British tidak mahu ”kehilangan kuli-kuli.” Bahasa Inggeris dan pendidikan Inggeris jika diberikan secara besar-besaran kepada orang Melayu akan membuka peluang kepada mereka untuk menjadi tuan dan menuntut kemerdekaan.

Malah pada tahun-tahun tersebut yang merupakan tahun-tahun darurat 1948-1960, orang Cina ternyata mendapat kelebihan yang tidak disangka-sangka berikutan suasana darurat.

Untuk mengelakkan orang Cina tinggal di pinggir-pinggir bandar dieksplotasi oleh komunis, kerajaan British menempatkan mereka di kampung-kampung baru yang kemudian mendapat peruntukan khas daripada kerajaan British untuk dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan penempatan moden seperti sekolah, pusat kesihatan dan jalan raya.

Pendek kata adalah tidak adil bagi orang Melayu untuk bersaing di padang yang sama rata. ianya boleh diumpamakan seperti perlumbaan lumba lari bagi pelari yang cukup sifat sedangkan seorang lagi kudung kakinya. Maka sistem ekonomi laissez-faire mengikut cadangan Francis ini tidak sesuai antara orang Cina dan Melayu.

Beruntung benarlah orang Cina ini yang mendapat kebebasan mengumpul kekayaan tanpa sekatan di bawah kerajaan Melayu. Mereka juga kaya kerana bantuan kerajaan juga. Selain kerajaan menyediakan suasana perniagaan yang kondusif, stabil dan selamat mereka juga mendapat bantuan perniagaan daripada kerajaan.

'Raja Gula' Robert Kuok jadi kaya raya kerana francais gula. Monopoli ni mula zaman bapa dia, Kouk Keng Kang, lagi. Pada zaman Inggeris, beras dan gandum pun mereka monopoli juga. Ananda Krishnan kaya kerana lesen judi dan lumba kuda, telekomunikasi, penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang yang jadi KLCC dan caruman modal kerajaan. Keluarga mendiang Tan Sri Lim Goh Tong kerana lesen kasino dan tanah di Genting Highlands. Tan Sri Tiong Hiew King, tauke surat khabar Sin Chew, kerana konsesi balak di Lembah Baram, Sarawak. Tan Sri Vincent Tan kerana penswastaan Sports Toto, tanah di Bukit Kiara dan Bukit Tinggi. Datuk Tan Chin Nam pemaju Mid Valley kerana kontrak rumah murah zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman dan pajakan tanah Bandaraya Kuala Lumpur.

Malah keluarga Yeoh sendiri jadi kaya raya kerana kontrak bina sekolah dan hospital, konsesi loji penjana elektrik, perkongsian dengan Syarikat Perumahan Negara dan tanah Keretapi Tanah Melayu di Sentul. Malangnya bagi seseorang yang bercakap dalam ekonomi yang kompetetif tetapi YTL sendiri pun mendapat tongkat daripada kerajaan.

Atas sebab itu juga Presiden PERKASA mencabar Francis Yeoh membatalkan semua perjanjian Independent Power Producer (IPP) dengan TNB atau menstruktur semula perjanjian yang dikatakan berat sebelah dan tidak masuk akal. Jangan jadi terlalu tamak dan perlahap sehingga sanggup menginjak-injak kepala orang lain. Inilah yang dikatakan sudah diberi peha hendak pula betis. Dasar pendatang tak sedar diri.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

Jawatankuasa KABINET Pembangunan Belia ...-paneh miang

Ini topik yang semenang dinanti oleh Pak Sedaro sojak 1991 lagi. Selepas pindaan AUKU 1990, subjek ini menjadi subjek pilihan Pak Sedaro. Rupo eh, zaman ni barulah PM dan TPM yang masing-masing, mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia sudah buka Medan dan Padang dengan merealisasi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia.

Alangkah bijaksana Jawatankuasa ini, jika pasukan tersebut terdiri daripada:

- 2 x Wakil Alumni Kapal Belia Asia Tenggara/Jepun
- 2 x Wakil Alumni Penerima Anugerah Belia Negara sejak mula diperkenal.
- 2 x Wakil Alumni Program KLTD Tunas Samudera
- 1 x Wakil Alumni Tun Razak Youth Leadership Awards, Malaysian Institute of Management
- 1 x Wakil PROWARIS
- 1 x Wakil ANSARA
- 1 x Wakil ALEPS
- 1 x Wakil MYCOBA
- 1 x Wakil Khas MBM ke UNDP
- 1 x Senator wakil Sektoral/Kumpulan Belia
- 2 x Wakil MBM
- 2 x Wakil Ahli Lantikan Menteri MPBN

Di samping 12-15 Kementerian yang terlibat, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia wajib mengurus sebuah Sekretariat Tetap Kabinet yang dipandu oleh seorang Pegawai Khas PM@TPM dalam sektoral BELIA, kemudian mengadakan pantauan dengan mewujudkan Sekretariat Kerja Tetap Pembangunan Belia di peringkat Kerajaan Negeri, misalnya seperti Negeri Melaka, dengan seorang pegawai bertangungjawab yang namanya Mohd Nizam Omar.

Semua negeri wajar mewujudkan kepentingan ini yang memantau langsung dari kamar YAB Menteri Besar setiap negeri.

Banyak sudah wacana Pak Sedaro bilo bercakap isu-isu ini. Dah berkajang-kajang. Jadi inilah maso Pegawai-Pegawai Khas yang memantau Paneh Miang untuk ambil perhatian eksklusif terhadap segala macam bicara tentangnya.

Walaupun negara semakin maju, masih belum ada sebuah fakulti teguh seperti National Olympic Center di Shibuya, Tokyo yang dibina pada 1972. Maknanya, dengan adanya Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia, sudah membolehkan beberapa sektor strategik dibangunkan antaranya:

1. Pusat Pembangunan Belia Negara di Bukit Jalil.
2. Taman Latihan Rekreasi Luar Negara di Guai, Pahang Darul Makmur.
3. Bank Pemajuan Belia Malaysia dengan dana RM5 billion.
4. Projek Kluster di Wilayah Ekonomi ECER, NCER, Iskandar Malaysia, SCORE dan SABAH untuk 45% kuota usahawan belia.
5. Geran Pengajian Tinggi untuk Program Lanjutan peringkat PhD sebanyak RM1 billion setahun bagi melahirkan lebih ramai generasi belia berilmu tinggi dan cintakan Negara.
6. Universiti Belia Dunia berpangkalan di Tanah Felda Sendayan yang telah dilunas oleh Kerajaan Mad Hasan. Universiti ini fokus kepada program kerja belia yang diangkat oleh CYP, UN, Raleigh International dan sebagainya.

Cukuplah...lagi pun pada akhirnya Jawatankuasa ni, mungkin heboh dengan 1 Malaysia 1 Belia ajo; atau kajian Merdeka dan Perlembagaan Persekutuan kepada 11.4 juta warga belia Malaysia; atau untuk monang PRU ajo; atau sekadar buat kerja untuk tambah peluang kerjaya kepada ramai lepasan universiti yang hendak kerja dengan Kerajaan Malaysia.

Sama ada akan wujud Kampung Belia untuk tujuan ala-FELDA MODEN atau Program SMART BELIA untuk memantapkan industri keusahawanan dan rantaian nilai usahawan Belia....terlalu banyak yang boleh dilaksanakan. Namun siapakah yang untung atau TERUS TERMENUNG?

Siapa PENGUNDI PRU sebenar...-paneh miang

Melihat kepada polemik dan berantak dalam gelanggang dan padang politik Malaysia, Pak Sedaro merasa ada baiknya masa ini, Agen-agen Politik Parti Siasah masing-masing menilai ciri-ciri sebenar siapakah pengundi mereka?

UMNO yang dilihat begitu tua, semakin tumpul dan tiada seri perjuanganNYA. Karisma UMNO semakin dimamah oleh sikap bobrok pemimpin dan ahli tangkap muat dalam UMNO.

PKR dilihat sebagai parti hilang maruah dan ahli merajuk dalam UMNO lari membina PKR.

PAS dilihat sebagai kelompok mubaligh yang lari dari UMNO untuk membentuk sebuah rumah politik baru, yang masih tiada dalam PAS ialah harga PAS sebagai sebuah institusi siasah orde-Malaysia.

Rakyat yang turun mengundi, siapa mereka yang sebenar?

1. Berapa ramai yang diberi pingat, gelaran dan anugerah oleh Raja-raja Melayu yang menunaikan amanah sebagai warganegara keluar mengundi semasa diperlukan?

2. Berapa besar pengaruh kelompok yang tidak keluar mengundi dalam mana-mana pilihanraya umum? Siapakah mereka? Benarkah 90% daripada kumpulan ini ialah kumpulan bangsawan dan elitis mahu pun borjuis yang sudah kenyang dengan makanan kekayaan dunia yang dikaut daripada rahim bumi Malaysia?

3. Berapa ramai kalangan pengundi yang dikategori sebagai Pengundi totok atau Pengundi setia untuk keluar mengundi? Latarbelakang mereka yang hingga hari ini dipercayai 70% ialah kumpulan insan di kampung dan desa, yang hidup melata "kais pagi makan tengahari, kais petang simpan untuk esok sarapan pagi!"

4. Di manakah sekolah madani yang melahirkan dan mengilang hampir 250 ribu lepasan Universiti dalam dan luar negara? Kelompok yang masih bertebaran dalam mencari sesuap nasi yang belum tentu MILIKNYA, kesan dek RAKUS, TAMAK HALOBA kumpulan pertama yang dikuda oleh manusia yang digelar Tun, Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Dato' Seri, Datuk Paduka, Dato' Seri Panglima, Datin Seri, Tengku dan sebagainya...

5. Yang lebih teruk dan memberi kesan MENYAMPAH dikalangan pengundi tegar pilihanraya ialah bila mana Wakil Calon atau Wakil Rakyat yang Menang macam sedia ada, semakin MENYOMBONG, BONGKAK, TAKBUR, RIAK, PENIPU, PEMBOHONG, PEROMPAK, PENYAMUN, PEMBELIT, kepada warga pengundi mereka sendiri...

Hingga wacana ini ditulis, Pak Sedaro tidak dapat merujuk dengan terperinci demografi sebenar Pengundi Pilihanraya di Malaysia? Ramai yang tidak keluar mengundi atau LARI semasa hari mengundi? Buat aktiviti ke luar negara konon? Atau Calon yang diletak oleh parti siasah yang berperang ialah CALON-CALON BODOH DAN BAHALOL yang tidak berada dalam pilihan rawak rakyat?

SPR punya perspektif sendiri, JASA, BTN, MKN, UMNO, PKR, PAS, DAP, MIC, MCA, yang akhirnya jika dilonggok kepada satu halaman bercetak, penuh...cerminan sebenar siapa itu Pengundi PRU masih ditongkat oleh rakyat jembel dan marhaen.

Hari ini, PM umumkan bahawa negara bebas dari kemelut ekonomi, KDNK naik pada tahap yang wajar, maka, berakhirnya "recession"...BETUL ke? Jika benar selasai musim ini, maka Mac 2010 ialah padang menanam, membaja, menyiram, memutik, membuah dan menuai? Rakyat ada 20 bulan untuk semua itu sebelum LEMBARAN RMK-10 bermula.

Apakah Pengundi PRU menjadi lega atau berasa selesa dengan epilog ini? Apakah kaum-kaum lain dari kalangan keturunan Thiong Hua, Hakka, Hailam, Fuchow dan sebagainya melihat ini sebagai FENOMENA RAZAK JUNIOR? Atau Fenomena RAHAH the return? Atau apakah Rakyat Raja melihat ini sebagai TSUNAMI Mahathir Boy? Atau apakah Yahudi, Nasrani yang kawal selia Bank Dunia, IMF melihat Malaysia sebagai The Rising Tiger and UnderDog? Atau Penjelmaan Semula Kamasutra Asia?

Pak Sedaro menelah PRU-13....hanya 60% warganegara yang layak mengundi akan KELUAR MENGUNDI, kerana mereka ini kelompok pengundi TEGAR. Orang-orang kaya yang mewah, punya duit bertepek-tepek sekadar melepak di Restoran 5 Bintang, Bercuti dan Bermain Mahjung Penyusunan, Siapa Kita Jadikan Menteri, Timbalan Menteri...Siapa yang boleh kita bayar dan beli, Siapa yang tiada harga diri dan akal budi, Siapa yang mampu JUAL NEGARA ini!

Pak Sedaro menelah, PRU-13...FELDA+RISDA+FELCRA akan berada dalam pedang dan padang retorik. Konsortium ini merupakan medan yang tipis implikasi kepemimpinan dan karisma mereka. GLC ibarat cendawan tumbuh akan menutup periuk nasi umat khasnya Rakyat Raja. Pimpinan politik yang dicetak dari rumah atau dari bilik tidur, BUKAN pilihan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Negara ini mesti dimewah bermula semalam. Runtuh sudah Kota Melaka, berdiri megah Purajaya...akan JAHANAM Putrajaya, dek kufur dan tamak holoba...maka, terbina semula KOTA SENDALOKA DAN KOTA SINGA....

AWAS...

24 February 2010

Anak N.Ajis dah gilakah minta Ariffahmi di kekalkan?




Ariffahmi diminta kekal jawatan

KOTA BHARU 16 Jan. - Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz meminta adik iparnya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman tidak berundur daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) walaupun berhadapan dengan pelbagai tuduhan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, ia sebagai menjaga maruah diri dan tidak tunduk dengan fitnah yang dilemparkan pihak tertentu.

''Saya yang minta Ariffahmi pertahan duduk situ sebagai tanda kita jaga maruah dan tidak tunduk kepada fitnah.

''Ariffahmi boleh pergi pada bila-bila masa tetapi ayah (Nik Aziz) yang minta dia meletak jawatan pada Mac ini sebab ada tugas yang belum selesai, tapi orang tidak faham sehingga ada orang kata dia tebus balik sesuatu.

''Ayah hendak tengok dia sempurnakan tugasnya dulu, kebetulan pula pada Mac ini ada program besar yang perlu diselesaikannya," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas majlis pelancaran produk kesihatan keluaran Tok Guru Nutraceuticals Marketing oleh Nik Abdul Aziz di rumahnya di sini hari ini.

Menurut beliau, isu Ariffahmi sedikit sebanyak mempengaruhi beliau untuk melepaskan dua jawatannya dalam pentadbiran negeri yang dibuat secara lantikan politik.

Jelasnya, ia untuk menunjukkan rasa simpati terhadap adik iparnya yang menghadpi pelbagai tuduhan.

"Saya hendak berhenti dari tahun lepas lagi sebab saya nak sambung belajar dan kerap berulang alik ke Kuala Lumpur dan rekod kehadiran mesyuarat saya juga buruk, saya rasa bersalah.

"Isu Ariffahmi menambahkan lagi rasa untuk tunjuk simpati kepada beliau," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan pengundurannya dari kedua-dua jawatan itu bukan untuk mengelakkan keluarganya dituduh 'kronisme'.

Sementara itu, beliau enggan mengulas mengenai tulisan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang dilihat menyindir keluarganya.

KOMEN: PAS ni nampak macam sihat tapi sakit juga. Kena masuk hospital tapi masuk wad gila rupanya.

Dulu PAS tentang OSA, sekarang tuntut guna OSA?

Gedebe mu Takiyuddin ... Mintak izin denge DAP doh? Suko-suko mu kecek nak guno OSA ...

Takiyuddin persoal maklumat mesyuarat Exco bocor

KOTA BHARU 16 Jan. – Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan mempersoalkan bagaimana keputusan mesyuarat Exco negeri itu berhubung pembelian aras bawah Bazar Tok Guru di sini boleh bocor kepada pihak tertentu.

Beliau yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri turut hairan bagaimana pemilik laman blog Kickdefella memperoleh maklumat tersebut kerana keputusan mesyuarat pada Rabu lalu itu masih belum disahkan.

Justeru, beliau meminta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjalankan siasatan tentang kebocoran maklumat tersebut kerana ia tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

“Keputusan ini dibuat pada Rabu lepas dan minit mesyuaratnya pun belum disahkan lagi, soalnya bagaimana maklumat ini boleh bocor.

"Saya minta Menteri Besar supaya menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat ini kerana kita bimbang akan menimbulkan isu yang tidak sepatutnya pada masa depan,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.

Menurut blog Kickdefella, kerugian itu dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta termasuk nilai tapak projek itu yang diserahkan kepada sebuah syarikat swasta seluas 3.36 hektar.

Ketika menjelang pilihan raya umum lalu, Menteri Besar dikatakan berjanji untuk memberikan aras bawah bangunan berkenaan kepada peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB kerana projek yang bakal dimajukan PMBK tidak berorientasikan keuntungan.

Namun, peniaga di dua tempat itu hanya diberikan ruang berniaga di tingkat satu dengan harga RM80,000 sehingga RM90,000 seunit selepas projek berkenaan diambil alih syarikat swasta berkenaan.

Sementara itu, Takiyuddin menjelaskan yang kerajaan negeri tidak mengalami kerugian sebanyak RM50 juta seperti yang digambarkan dalam blog tersebut.

Katanya, ia disebabkan setiap lot perniagaan aras bawah bangunan yang dibeli balik kerajaan negeri itu akan dijual kembali kepada para peniaga yang terlibat.

“Kita tidak rugi apa-apa, kerajaan hanya sediakan tapak untuk dibangunkan bersama di antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan sebuah syarikat, Sensa Timur Sdn. Bhd. bagi membina sebuah bazar.

“Sebagai timbal balas, syarikat itu memberikan aras satu dan dua yang bernilai RM40 juta kepada kita.

‘‘Bagaimanapun, pada mesyuarat Exco baru-baru ini kita memutuskan untuk membeli aras bawah yang bernilai RM23 juta dan kesemua lot perniagaan terbabit akan dijual semula bagi mendapatkan kembali wang yang dikeluarkan itu,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak menetapkan harga tertentu untuk semua lot perniagaan tersebut bagi dijual kepada para peniaga dari kedua-dua pasar berkenaan.

“Kita akan menjual semula lot-lot perniagaan ini setelah ia dibahagikan dengan harga belian aras bawah yang bernilai RM23 juta itu.

“Saya juga ingin tegaskan bahawa tidak timbul isu kerajaan negeri rugi RM30 juta untuk nilai tanah tapak itu kerana kita mendapat pulangan sebuah bangunan tanpa mengeluarkan sebarang modal,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 17/1/2010
KOMEN: Gedebe ni dah ghaflah. Bila maklumat ini sudah keluar dan sahih, isu kebocoran sudah jadi isu nombor 43.

Kenapa Ariffahmi boleh dibenarkan melakukan penyelewengan sedemikian rupa? Rancangan sosial yang baik sudah diswastakan untuk wang ringgit?

Rupanya kata orang paku serpih, kata orang diri yang lebih. PAS ni munafik ugama ...

Laporan polis terhadap Archbishop Khalid dan Siti Mariah

Monday, January 18, 2010



Perkasa buat laporan polis terhadap Khalid Samad

SHAH ALAM 15 Jan. - Persatuan Kebajikan Shah Alam (Perkasa) hari ini meminta polis melakukan siasatan terhadap Ahli Parlimen mereka, Khalid Abdul Samad yang didakwa cuba mengeruhkan lagi isu berhubung larangan penggunaan kalimah Allah di kalangan rakyat di Selangor.

Pengerusinya, Azmir Md. Zin berkata, siasatan perlu dilakukan ekoran kenyataan Khalid dalam sebuah portal berita yang secara terang-terangan mengkritik keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membantah serta melarang kalimah itu digunakan orang bukan Islam.

Beliau berkata, tindakan Yang Dipertua Pas Shah Alam itu tidak wajar selain didakwa mempunyai unsur-unsur menghasut rakyat agar membenci agensi kerajaan negeri itu yang menerima perintah daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Semua rakyat di Selangor telah maklum bahawa MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan arahan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada iaitu melarang pemakaian kalimah Allah oleh agama lain kecuali Islam di negeri ini.

"Berikutan itu, Khalid membuat kenyataan yang menggambarkan kedua-dua agensi itu seolah-olah cuba mencetuskan sentimen tidak puas hati di kalangan umat Islam.

"Sebagai Ahli Parlimen, Khalid seharusnya menumpukan perhatiannya kepada rakyat selain menjaga keharmonian di antara kaum dan agama di negeri itu, bukannya mengeruhkan lagi keadaan," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan terhadap Khalid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Laporan polis itu dibuat berikutan kenyataan Khalid menerusi laman portal berita propembangkang Malaysiakini yang mengkritik MAIS dan JAIS kerana didakwa menganjurkan protes penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam di masjid negeri pada 8 Januari lalu.

Tidak cukup dengan itu, Khalid turut mengecam MAIS dan JAIS kerana mengarahkan wakil mereka menyertai protes tersebut termasuklah membawa kain rentang menunjukkan bantahan mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, UMNO Shah Alam hari ini turut membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud yang menuduh UMNO sebagai dalang kepada insiden membakar gereja dan menimbulkan kekacauan di negara ini.

Laporan yang dibuat oleh Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Zakaria Yahya itu mendakwa, tuduhan yang dibuat oleh Siti Mariah menerusi laman blog http://drsitimariah.blogspot.com/ itu adalah tidak berasas dan bertujuan menghasut rakyat membenci parti politik itu.

Katanya, dalam keadaan wujudnya ketegangan di kalangan rakyat mengenai isu tersebut, tindakan Siti Mariah itu jelas bertentangan dengan usaha memulihkan ketenteraman dan keselamatan rakyat di negara ini.

"Apa yang kita nampak, beliau (Siti Mariah) seolah-olah cuba mempolitikkan isu ini dengan membangkitkan sentimen kebencian di kalangan rakyat," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Nor Azam Jamaluddin ketika hubungi mengesahkan pihaknya menerima kedua-dua laporan berkenaan.

Katanya, pihaknya akan meneliti laporan tersebut dan siasatan akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Utusan Malaysia 16/1/2010


KOMEN: Kalau hari itu ada satu, hari ini ada 10 laporan polis terhadap Khalid Samad. Baca sini.

Tuesday, January 19, 2010 MYSTERY: Adakah PERKASA satu peringatan kepada UMNO? Blog Kepal Beras dan Kepal Nasi menyedari apa yang telah dan sedang di


Blog Kepal Beras dan Kepal Nasi menyedari apa yang telah dan sedang diperjuangkan oleh PERKASA, mirip kepada apa yang telah diperjuangkan oleh Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Razak. Menurutnya apa yang di bawa oleh PERKASA hari ini sebenarnya itulah perjuangan sebenar UMNO seperti mana yang telah dipelopori oleh pejuang terdahulu.

Menurutnya bekas Exco Pemuda UMNO sini, tiga kemungkinan kenapa orang Melayu mula menolak UMNO berikut:

1. Jatidiri orang Melayu sendiri yang sudah berubah;
2. Perjuangan UMNO yang sudah tidak selari dengan jatidiri orang Melayu; atau
3. Para pemimpin UMNO sendiri sudah tidak punya isi hati, aspirasi dan cita-cita yang seiring dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO.
Perihal jatidiri Melayu sudah berubah, dia berkata berikut:

Apa yang pasti, naluri itu adalah sesuatu yang semula jadi. Tidak mungkin naluri Melayu sudah menjadi tidak Melayu lagi.

Mesti ada sesuatu yang tidak kena kepada perjuangan UMNO hingga menyebabkan orang Melayu tidak lagi segan silu meninggalkan UMNO. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan orang Melayu sampai sanggup menyokong DAP.

Tidak mungkin orang Melayu benci kepada perjuangan alif ba ta kerana alif ba ta adalah naluri semula jadi setiap orang yang bernama Melayu.
Lalu ditanya di mana silapnya? Mungkin beberapa kesimpulan secara akademik boleh dibuat berikut:

1. Jika UMNO kekal dengan perjuangan yang berteraskan kepada naluri dan aspirasi bangsa Melayu, maka, UMNO akan tetap kekal disokong oleh orang Melayu, walau siapa pun yang memimpin UMNO.

2. Jika perjuangan UMNO lari dari garis panduan ini, tidak menjadi kehairanan kepada kita, hari ini orang Melayu berfikiran mereka tidak kisah lagi sama ada UMNO ada atau tidak di bumi ini.

3. Selagi pemimpin UMNO masih tetap kekal membawa perjuangan alif ba ta, maka selagi itulah orang Melayu tidak akan meninggalkan UMNO. Jika ini keadaannya bolehlah orang UMNO meneruskan slogan ‘UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO’.

4. Jika perlembagaan UMNO kekal, tetapi pendekatan yang dibawa oleh pemimpin UMNO tidak melambangkan aspirasi perlembagaan, maka tidak hairan kepada kita jika kita dapati orang Melayu tidak ada hati kepada UMNO. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka sebenarnya sedang mencari sesuatu yang telah hilang, iaitu bahtera yang membawa muatan segala khazanah perjuangan bangsa mereka.

5. Jika jati diri Melayu masih kekal, UMNO juga masih tetap membawa idealisma yang sama dan dalam masa yang sama para pemimpin yang memimpin UMNO juga tetap teguh berpegang kepada apa yang dibawa oleh UMNO, tetapi sokongan orang Melayu tidak juga bersama UMNO, maka sudah barang pasti ada sesuatu yang pelik telah berlaku kepada cara dan pemikiran orang Melayu. Mungkin ada rasukan atau virus luar yang telah menyebabkan pemikiran orang Melayu tidak lagi dapat memahami jati diri bangsa sendiri sehinggakan perkara yang paling sensitif yang menjejaskan kedudukan agama dan bangsa Melayu sudah dilihat enteng oleh mereka.
PERKASA dilihat adalah pengukur kepada intipati perjuangan Melayu. Baca kesimpulan berikut:

Kita lihat nanti bagaimana sokongan orang Melayu terhadap perjuangan PERKASA. Jika apa yang diperjuangkan oleh PERKASA diterima dan disokong oleh seluruh orang melayu, itu bermakna orang Melayu masih kekal dengan identiti Melayunya.

Jika tidak, itu bermakna keseluruhan organisasi Melayu termasuk UMNO harus memikirkan bagaimana untuk meletakkan kembali pemikiran orang Melayu supaya berada kembali di landasan yang seharusnya.
Pergi ke blog untuk tulisan sepenuh.

UMNO tidak perlu rendah hati dan malu untuk perjuangkan Melayu dan orang Bumiputera Sabah dan Sarawak. Yang penting sentiasa diseimbang dan dingat pada yang miskind an terpinggir dari pelbagai bangsa. Orang Melayu dan Bumiputera yang sudah maju belajar berdikari dan biarlah orang lain ambil peluang.

MYSTERY: Husam, Takiyuddin dan Anuar Tan makan komisyen?



Skrew kuat sudah kembali dah. Kali ini dia skrew sama tiga exco Kelantan - Husam Musa, Takiyuddin Hassan, dan Anuar Tan. Kasi kontraktor Cina projek. Apa lagi, mesdti makan komisyen lazimnya.

Baca petikan dari Skrew Kuat berikut:

... tindakan gedebeh-gedebeh ni bersekongkol dengan kroni-kroni mereka untuk menjual tiga projek mega kepada Syarikat Lembah Sireh Sdn.Bhd. yang didalangi oleh seorang kontraktor Kelas A berbangsa Cina. Tiga projek tersebut ialah:-

a. Projek pembinaan kondominium di kawasan perumahan Buluh Kubu, Kota Bharu
b. Seribu ekar tanah di Dataran tesco
c. Tapak Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jalan Temenggung

Baginda turut murka terhadap Peguam Nordin & Co. kerana menjadi perantara penjualan projek kepada Syarikat Lembah Sireh Sdn.Bhd.

... tiga projek tersebut yang sepatutnya dijalankan oleh syarikat tersebut telah di Ali Baba kan kontraktor bukan Melayu untuk mendapat keuntungan peribadi seterusnya menguncupkan ekonomi kontraktor Melayu.

Mungkin di Kelantan tiada atau kurang kontraktor Kelas A Melayu. Tukang Screw agak musykil sebab rakyat Kelantan serba lengkap dengan kepakaran dari segenap bidang.

... penglibatan tiga individu tersebut yang mempunyai kaitan dengan projek pembalakan di Kelantan sehingga ... keputusan membekukan segala permit pembalakan.
Sudahlah gagal nak jadi Timbalan Presiden PAS dan Anwar sudah ditepi jubur Sungai Buloh, cita-cita Husam nak jadi Menteri Besar akan berkubur di Pengkalan Kubur.

Skrew Kuat turut memberitahu tiga-tiga Abdul Al Kebasi akan digugurkan gelaran Dato mereka kelak. Apa blogger2 PAS nak jawab?

Dah dapat manual menjawab dari Idris Ahmad belum? Kita dah dapat ... hehehe.

MYSTERY: Bila Takiyuddin gedebe samun, besar kecil dia samun


Cerita berikut oleh penulis Harakah tentang samun besar Takiyuddin yang dipetik dari blog RBF bertarikh 29/12/2009:

Skandal MPKB BRI?

1. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa amalan kronisme dalam merompak tanah perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan.

2. Selepas saya sendiri turun ke Kota Bharu, saya mendapati Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (PMBK BRI) telah menjual beberapa bidang tanah kerajaan negeri secara kormersial.

3. Saya minta pihak berwajib sila siasat pembelian Tanah Perkuburan Umat Islam di Jalan Hamzah.

4. Saya minta pihak berwajib siasat misteri yang menempatkan Pasar Borong Baru Wakaf Che Yeh yang asalnya merupakan rizab tanah wakaf untuk tujuan perkuburan. Sumber korporat memberitahu tanah tersebut dimiliki oleh Sensa Timur Sdn. Bhd. Selebihnya, sila siasat Peguam Nordin Noor.

5. Sila siasat bersama pembelian sebidang tanah wakaf untuk rizab perkuburan Umat Islam di belakang Hotel Perdana. Dipercayai Kelantan Trade Center (KTC) yang sekarang tersergam indah turut didirikan atas sebahagian kecil tanah wakaf tersebut.

6. Saya juga berharap pihak berwajib sila menyiasat bagaimana 5 ekar di Telipot (Kg. Puteh) yang menempatkan suatu Bengkel MPKB BRI akhirnya dirobohkan, semata-mata untuk dijualkan kepada seorang kroni Exco.

7. Satu lagi, dilaporkan kroni exco terbabit diminta membina pejabat MPKB BRI sementara di atas tanah wakaf perkuburan, di Panji. Sejak 19 tahun yang lalu, didapati hanya kontena wujud di sana. MPKB BRI dilaporkan menggadai sebidang tanah wakaf di Telipot bernilai RM15 juta kepada kroni terbabit, untuk membina prasarana semestara (kontena) yang bersama tanah tidak sampai RM5 juta.

8. Saya tidak mahu menuduh Datuk Takiyyuddin Hassan terlibat disebabkan beliau adalah Exco yang menjaga MPKB BRI. Nanti, akan ada orang Pas mencemuh saya sebagai peribadi yang jahat dan tidak ada adab berjamaah (Pas).

9. Kalau boleh ditanya, sila tanya siapa Peguam Nordin Noor di sisi Takiyyuddin dalam pemilikan beberapa harta MPKB BRI secara penuh misteri. Kalau boleh ditanya kepada Nik Muhammad Abduh Nik Mat sekali, sebab dia ini dikenali sebagai orang bijak pandai agama di Kelantan.
Baca pula pendedahan samun kecilan oleh RBF bertarikh 18/1/2010. Petikan berikut:

Beliau adalah exco yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan di Kelantan. Maknanya MPKB berada di bawah kuasa beliau.

Saya difahamkan beliau telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai exco untuk 'memaksa' MPKB membeli tiket-tiket penerbangan dengan sebuah syarikat yang bernama Jasa Teratai Holidays Sdn Bhd. Rujuk di sini.

Saya difahamkan juga yang syarikat tersebut adalah milik salah seorang isteri beliau. Bukan sahaja MPKB yang terpaksa membeli tiket dengan syarikat tersebut, Majlis Daerah Ketereh juga sama.
Bagi yang tak tahu gedebe ini. Exco dan ADUN Kelantan ini yang sibuk pasal nak guna OSA terhadap kickdefella kerana mendedahkan maklumnat negeri.

Takiyuddin yang kini berpaut pula pada Nik Aziz kerana kalau Husam naik, saingnya pasti akan cantas beliau. Cah keting! Cah keting!

Takpa, kalau nak cah keting Husam, tunggu. Ada kes pasal Husam tiga sekawan akan datang. Jeng jeng jeng ...


UNSPIN: Bible Arab tak guna Allah, Apa lagi alasan Archbishop Pakiam dan Father Khalid?


Hasil usaha blogger SatD sini, dia telah menjumpai satu laman web sini yang jelas mengatakan Arab Bible sudah tidak guna lagi Allah tapi Rabb sebagai tuhan. Baca juga SatD sini, sini dan sini.

Apa lagi Murphy Pakiam nak selindung lagi nawaitu mereka untuk berdakwah pada orang Islam iaitu satu kesalahan dari segi artikel 11(4)?


Kalau orang Iban dan Kadazan sudah guna, ianya adalah kerana kesalahan yang disengajakan dalam bible yang diterjemaah oleh Belanda dan penjajah untuk mengelurikan orang Islam dan seterusnya mendakwah mereka masuk Islam.

God adalah Tuhan dan Allah. Allah nama tuhan. Walau berapa ratus tahun sekali pun, sesuatu yang salah tidak bererti menjadi betul. Dalam bahasa orang Melayu, God adalah Tuhan.

Allah itu esa dan bukan triniti. Kalau Murphy Pakiam mahu guna nama Allah, adakah mereka sedia gugurkan ide Triniti - tuhan itu tiga?

Dalam Bible, bahasa utama bukan bahasa Melayu tapi bahasa Inggeris atau Latin. Asal bahasa Nabi Isa adalah Aramaiac. Adalah nama tuhan dalam St James Biblke yang paling luas diguna mengguna nama Allah? Adalah Bible bahasa Inggeris atau Latin menggunakan nama Allah? Adakah Allah diguna dalam Bible berbahasa Aramaic?

Nama Allah yang ada dalam Bible adalah Elohin atau Yahweh. Tidaka da satu guna nama Allah.

Berasaskan undang-undang, Perlembagaan dalam artikel 3(10 dan 11(4) jelas menyatakan kebebasan agama untuk agama lain mesti memenuhi syarat "aman dan damai" dan "tidak mendakwah kepada orang Islam". Artikel 11(5) jelas menyatakan kerajaan berkausa untuk bertindak dalam hal ugama untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan awam, kesihatan awam dan morality.

Di sini Hakim Bee Lian Lau telah membuat kesalahan besar untuk tidak menghiraukan interpretasi yang sebenar. Dia patut dikenakan hukuman Judicial Misconduct.

Sekarang IKIM telah memanggil semua ulama dari pelbagai pihak dan secara konsensus, pedululah Hadi nak main politik nafi, bersetuju salah nama Allah diguna sebagai tuhan.

Negeri2 Selangor, Perak, dan beberapa negeri telah menetapkan udang2 bahawa Allah tidak boleh digunakan dan sudah jadi undang2.

Pemimpin2 Kristian di Sabah pun minta gereja beralah tapi Pakiam yang pariah makan kari ini terus mahu berdegil. Ini mungkin adalah nasihat peguam PKR Derek Fernandez dan Beckett Fund Benjamin Dawson (tapi pariah juga bukan Mat Salleh). Tak semua gereja domination lain bersetuju guna nama Allah.

Berdailog boleh. Berbincang boleh. Cari jalan penyelesaian boleh. Hujah dah tak ada. Apa lagi isu?

Bagi orang Melayu dan Islam, jangan ikut Khalid yang dahulu Suara Islam tapi kini hanya Suara Kafir. Khalid adalah seorang ahli politik yang biadap, sombong dan tidak ada adab. Baca apa Zulkifli Nordin kata sini. DIa pun buat laporan polis terhadap Khalid sini.

Difahami PAS masih berdegil mengatakan Quran benarkan. Betulkah Allah berfirman sedemikian? Allah tidak pernah berfirman dirinya sebagai Triniti atau berkepala gajah atau hanya melebihkan Yahudi.

Firman kitab mana PAS guna?


Jakim!!!Tanda Halal pun ada babi...

MYSTERY: Tanda Halal pun ada babi


Macam mana Jakim buat kerja ni?

Sebelum siapa2 nak salahkan kerajaan, dalam Jakim dan semua Institusi agama kebanyakkan adalah orang PAS atau sympathiser PAS.

Inilah mutu kerja Pak Lebai PAS buat kerja. Research pun tak buat.

Berangan nak memerintah negara. Hancur ... tenogk Kelantan. Banyak rasuah dan seleweng.

Baru rasa nak capai kuasa dah jual negara, berbohong, memfitnah, dan cakap puyar alam.


Rasuak Kek Dari Menantu!!!

Anwar memperkecil-kecilkan mengenai isu kek yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang Kelantan dalam ceramahnya.

Ianya seolah-olah perkara kecil yang patut dibiarkan kerana kononnya banyak skandal rasuah lain melibatkan BN.

Biar kita betulkan sesuatu dahulu. Mana BN terlibat dengan rasuah? Duit rasuah tidak masuk ke dalam akaun BN tapi masuk akaun perasuah secara peribadi. Perlu difaham bahawa rasuah adalah perkara peribadi.

Kedua kes-kes yang disebut Anwar semua hanya tuduhan tanpa bukti. Dan ada kes-kes itu sedang melalui proses penyiasatan dan dakwaan yang hanya menunjukkan kerajaan serius dalam hal rasuah. Takdalah isu untuk Anwar mainkan melainkna hanya permainan persepsi.

Mari kita lihat resit-resit yang diambil dari blog GAP:





Sila baca penerangan GAP sini.

Rasuah ini selalunya mula dengan kecil-kecil dan apabila tidak ada yang bersuara, maka dia menjadi besar. Kadang-kadang benda kecil dijaga tapi benda besar yang cuba dirembat tanpa dapat dikesan. Ada pula diambil benda kecil kerana susah untuk dikesan.

Bagi Anwar mahu memperkecil-kecilkan isu rasuah hanya kerana N.ajis orang yang lembut dan ulamak, maknanya dia tak faham persepektif rasuah di Kelantan.

Di Kelantan, sudah benda besar dan kecil pun berlaku rasuah. Boleh dikata N.Ajis sudah tahap diktator hingga tak dipedulikan suara2 lain. Lihat saja Ariffahmi dan Husam bermaharajalela. Isu kek ini menandakan bahawa sudah terlalu berleluasa korupsi dan nepotisma dalam pentadbiran Kelantan.

Anwar hanya melihat rasuah yang dilakukan oleh ahli politik BN dan mempertahankan rasuah yang dilakukan oleh ahli politik PR. Bandingkan dengan sikap BN yang sedia menyiasat dan hukum ahli politik BN.

Adakah Anwar serius mengenai rasuah? Tidak, dia hanya mempolitikkan rasuah.

DAP Jual Middle Malaysia!

Berikut adalah laporan Malaysiakini tentang gagasan Jalan Tengah DAP. Komen kamu diselit antara artikel ini.
'Jalan tengah' Pakatan ke Putrajaya

Malaysiakini.com, Jan 17, 10

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, negara ini "sedang berperang dengan dirinya sendiri" dan langkah ke hadapan ialah dengan mengambil jalan tengah yang menyediakan peluang yang saksama, inklusif dan tiada lagi diskriminasi.
Bukankah ini cara yang telah dilakukan oleh Perikatan dan Barisan Nasioonal selama lebih 50 tahun?
Katanya, 'middle Malaysia' ini milik setiap rakyat Malaysia.

Berbeza dengan 'Umno Malaysia', Lim berkata, 'Middle Malaysia' mementingkan karakter daripada warna kulit.

"Tidak seperti BN Malaysia, dalam 'Middle Malaysia' kita adalah adik beradik, ibu bapa dan anak lelaki dan anak perempuan Malaysia," katanya ketika berucap di persidangan nasional ke-125 DAP di Ipoh hari ini.

Tidak seperti 'kroni Malaysia', katanya, 'Middle Malaysia' berpegang pada kepercayaan bahawa kekayaan, peluang dan sumber adalah milik semua rakyat Malaysia.
Kalau ini gagasan Middle Malaysia, siapa yang untung? Siapa yang beroleh kepentingan?
Lim membuat saranan tersebut ketika negara sedang berdepan dengan insiden tempat ibadat, sebahagian besarnya gereja, menjadi sasaran bom api dan perbuatan vandalisme, ekoran isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam.

DAP sendiri menjadi sasaran mereka yang menggambarkan parti itu sebagai cauvinis Cina yang mahu menghakis hak istimewa orang Melayu dan Islam, sebagai agama rasmi.
DAP cuba menafikan. Apa yang mereka kata pada tahun 1999?


Adakah mereka boleh beri jaminan mengekalkan perkara2 pokok dalam Perlembagaan yang sudah dipersetujui? Islam agama Persekutuan, Bahasa Melayu bahasa rasmi, Raja2 Melayu, Hak keistimewaan Bumiputera, dan lain2.
Pada masa ini, parti itu juga merupakan anggota kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor, dan slogan baru yang disarankan oleh Lim itu dilihat sebagai halatuju baru DAP dalam berdepan dengan pilihanraya umum akan datang.

Sebelum ini parti itu memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang menekankan kepada kesaksamaan untuk semua, yang menjadi teras ideologi parti itu sejak penubuhannya pada 1960-an, tetapi ianya menimbulkan kecurigaan di kalangan orang Melayu.

Dalam mengetengahkan 'Middle Malaysia', Lim membidas konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menurut Lim telah memecahbelahkan lagi negara ini.

Sebaliknya, ketua menteri Pulau Pinang itu memuji pendirian anggota Pakatan - PAS dan PKR - dalam menangani kontroversi isu 'Allah'.

Jelasnya, itulah 'Middle Malaysia' yang dibawa oleh Pakatan - bertolak ansur dan saling hormati menghormati, berbanding dengan BN sikap ekstremis BN yang menakutkan semua orang dengan sikapnya yang tidak bertolak.

Sebagai contoh sikap inklusif DAP, Lim berkata, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui parti itu, telah menambah dua kali ganda peruntukan untuk halehwal agama Islam, kepada RM24.3 juta dalam bajet 2010, berbanding peruntukan BN pada 2008.

Lim terus membidas konsep 1Malaysia dengan menyentuh cara kerajaan mengendalikan kes Teoh Beng Hok serta rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009
Ini semua retorik.

Tunjukkan Pulau Pinang sebagai contoh Middle Malaysia. Betulkah DAP tahu bertolak ansur dan mencari jalan tengah kepada pelbagai isu?

Di Pulau Pinang, Melayu dan India dihalau, Cina diutama!!!

Kalau belum yakin, Middle Malaysia hanya auta DAP, baca Syed Akbar sini.


Friday, January 29, 2010

NEWS: Zaharain panggil LGE diktator, cauvinis dan komunis


AIDCNews

PULAU PINANG: Selepas Zulkifli Nordin dan Azan Ismail, Datuk Seri Zaharain Mohd Hashim, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, pula mengkritik kepincangan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang.

Semalam, Zaharain mengkritik keras Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang disifatnya sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Malah bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang itu turut menegaskan, pakatan pembangkang harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka yang didakwanya gagal melaksanakan janji-janji yang 'ditabur' semasa pilihan raya umum lalu.

Zahrain berkata, Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dibiarkan terus memerintah dengan gaya diktatornya.

"Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan," dakwanya seperti yang dilaporkan oleh mstar online.

Baca seterusnya sini dan mStar sini.
Mana pu*i*ak yang dok panggil The Unspinners sebagai rasis tiap kali kritik LGE??? Sila jilat kuku kaki kami sampai putih licin berkilat!!!


DAP Zalimi Melayu Penang

Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan

PULAU PINANG 30 Jan. – Kerajaan negeri didesak menyatakan status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi terlepas daripada sebarang tindakan.

Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd. berkata, gerai-gerai itu beroperasi tanpa dipantau sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan kotor.

Menurutnya, beliau hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seperti tutup mata terhadap keadaan tersebut sedangkan gerai-gerai kecil Melayu yang tidak mengikut garis panduan dirobohkan.

“Kami mahu kerajaan negeri beritahu kepada orang ramai kenapa gerai-gerai sedemikian tidak diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen.

Antaranya kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, diikuti Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan banyak lagi gerai peniaga Melayu yang bakal menerima nasib sama selepas ini.

Bagaimanapun tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Georgetown mendapati, gerai-gerai bukan Melayu dibiarkan berniaga di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Malah terdapat juga penjaja yang membuang sisa-sisa makanan ke dalam longkang sehingga salurannya tersumbat sekali gus mencemarkan persekitaran.

Antara kawasan-kawasan berkenaan adalah sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sering melaung-laungkan keadilan dalam pentadbiran, amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya tidak wujud.

Baca seterusnya di Utusan Malaysia sini.

Turut perlu di baca MyKMU sini.

Anwar Homoseks

Karpal Dakwa Anwar Peliwat Di Parlimen 18 Disember 1997

18DISEMBERl997
(b) mengeluarkan peruntukan yang berkaitan
dengan juri dan pengapit berikutan dengan
penghapusan perbicaraan denganjuri dan
pengapit.
Pindaan ini tidak dapat dibuat sebelum ini kerana
peruntukan dalam seksyen 422 itu masih perlu bagi
maksud perbicaraan sedemikian yang belum selesai.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon
mencadangkan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Ong
Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon
menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang
Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang
undang-undang bernama suatu akta untuk meminda
Kanun Tatacara Jenayah dibaca kali yang kedua
sekarang dan terbuka untuk dibahas. Jelutong.
7.36 mlm.
Tuan R. Karpal Singh [Jelutong): Terima
kasih, Tuan Speaker. Saya tertarik dengan Fasal6
khasnya dalam rang undang-undang ini. Fasal 6
rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda
seksyen 377 Kanun supaya selain daripada
Pendakwa Raya, Timbalan Kanan Pendakwa Raya,
Timba!an Pendakwa Raya dan Penolong Pendakwa
Raya hanya orang-orang yang dinyatakan dalam
seksyen itu yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan
dalam mana-mana mahkamah dan pihak-pihak lain
yang ada diberi kuasa selepas mendapat
authorisation in writing dalam seksyen 6 itu
termasuk an advocate.
Peruntukan ini, Tuan Speaker, adalah satu
peruntukan yang baik, satu peruntukan yang dialualukan.
Tetapi saya harap pendakwa raya iaitu
Peguam Negara apabila menggunakan budi bicara
untuk memberi satu authorisation consent kepada
seorang peguam untuk menjalankan pendakwaan
adalah bukan kepada kes-kes kecil sahaja tetapi
termasuk kes-kes bunuh, pengedaran dadah dan
sebagainya di Mahkamah Tinggi. Kerana amalan
sekarang, dalam pengalaman saya, mendiang David
Marshall seorang yang ada diberi to prosecute on
affair dalam satu kes yang serius tetapi selepas itu
tidak ada kes lain di mana seorang peguam ada diheri
kuasa itu.
Saya memberi satu contoh. Tuan Speaker,
kerana sekarang walaupun ada beberapa Timbalan
Pendakwa Raya yang berkaliber tetapi ada beberapa
orang lain yang tidak berkeupayaan untuk
49
menjalankan satu kes serius dalam Mahkamah
Tinggi. Saya memberi contoh kes Sarjit Kaur ini.
Bam-bam ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam, SaIjit
Kaur ini ada didakwa membunuh suaminya, Marit
Singh, tetapi pendakwaan gaga! untuk membuktikan
satu kes beyond reasonable doubt untuk
membolehkan pembelaan dipanggil, kenapa? Di
dalam kes itu, Tuan Speaker, dan saya
mengisytiharkan kepentingan saya mengikut
Peraturan Mesyuarat, saya menjadi pemerhati bagi
the family of the deceased, Marit Singh. Kes itu
adalah satu kes di mana ada bukti yang kuat tetapi
Sarjit Kaur ini dilepaskan. Ini adalah satu kes di
mana, dengan izin, you not only get away with
murder but get away with the property of the person
you murder. Keranajika beliau ada disabit, ia tidak
ada berhak untuk mendapat apa-apa dari estet
mendiang Marit Singh.
Dalam kes ini, Tuan Speaker, ada satu bahan
yang kuat, satu senjata yang kuat yang ada dalam
milik pendakwaan tetapi tidak digunakan, iaitu satu
caution statement. Dalam caution statement itu
Sarjit Kaur mengaku beliau yang tetak leher
suaminya yang mengakibatkan kematian dia, tetapi
caution statement itu langsung tidak ada digunakan,
kenapa? Bolehkah satu siasatan dibuat kenapa
Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya yang
ditugaskan untuk menentukan Sarjit Kaur ini
disabitkan, kenapa bahan itu tidak digunakan?
Ini jadi satu contoh di mana seorang peguam
yang senior jika diberi satu kuasa untuk conduct a
prosecution dalam Mahkamah Tinggi untuk boleh
beIjaya bagi kepentingan negara. Justice must not
only be for the accused but also for his sake. lni
boleh ditentukanjika kuasa diberi kepada seorang
peguam who is in private practice dan ini bukan
satu keadaan luar biasa kerana di England beberapa
Q.C. ada ditugaskan untuk conduct prosecution in
the Crown Court dan pendakwaan ada berjaya
dalam kes-kes tertentu dan kes-kes yang serius.
Saya harap pendakwa raya menggunakan kuasa
yang ada diberi kepada dia sekarang dengan baik.
Selain daripada itu, pendakwa raya sendiri meneliti
kes-kes yang serius untuk menentukan ada
pendakwaan.
Khasnya, Tuan Speaker, ini adalah satu perkara
yang saya ada bangkitkan dalam Dewan yang mulia
ini pada 22 Oktober tahun ini. lni adalah mengenai
dua surat yang ada ditulis, dua aduan yang dibuat
kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Satu adalah ini, Tuan Speaker,jika saya boleh baca,
'Pengakuan Bersumpah oleh seorang, Azizan bin
Abu Bakar '. Pada 22 Oktober, saya tidak memberi
50
butir-butir surat sumpah ini dan saya ada merayu
kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil
tindakan. Apa yang beliau ada menjawab ialah
bahawa perkara ini ada dalam tangan Peguam
Negara. OIeh itu, beliau tidak teIjejas dengan apa
yang ada dibuat oleh Peguam Negara dan menunggu
keputusan Peguam Negara.
Tuan Speaker, hari ini adalah hari yang akhir
persidangan Dewan ini. Sampai sekarang tidak ada
mendapat apa-apa daripada Peguam Negara
mengenai perkara ini. Tohmahan yang ada dibuat
ke atas Timbalan Perdana Menteri adalah serius,
saya baca bukan semua bahagian, tetapi apa yang
penting di sini:
'Pengakuan Bersumpah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Pengasih, saya Azizan bin Abu Bakar dengan
ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya
telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni
homoseksual dengan Anwar bin Ibrahim yang kini
memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk
beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan
saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah
seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa
tanpa pengetahuan umum dan isterinya. Buat
makluman, saya merupakan bekas pemandu
peribadi kepada isterinya iaitu Datin Seri Wan
Azizah .
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat,
cukuplah.
Tuan R. Karpal Singh: Ada yang lain di sini,
Tuan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah.
Tuan R. Karpal Singh: Walaupun cukup?
Tuan Yangdi-Pertua: Ya.
Tuan R. Karpal Singh: Tetapi penting.
Tuan Yangdi-Pertua: Ya.
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: Tuan Yang di-Pertua, mana boleh baca
surat terbang dalam Dewan ini?
Tuan R. Karpal Singh: Bukan terbang, ini
adalah satu surat bersumpah, bukan surat layang.
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: ltu surat terbang, surat layang, bukan
suruh awak baca dalam Dewan.
Tuan R. Karpal Singh: Ini bukan surat layang,
ini ada dihantar .
18DISEMBER1997
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat... ...
Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker, saya
tidak memberijalan kepada dia .
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: Saya juga point of order.
Tuan R. Karpal Singh: Apa point of order?
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat... ...
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: You baca surat terbang.
Tuan R. Karpal Singh: lni bukan surat layang,
bukan surat terbang, tetapi surat yang dihantar
kepada Perdana Menteri. Boleh baca ini surat
sumpah .
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: ....surat itu ada pada Yang Berhormat... ...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok
Sena, cukuplah.
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: ....itu surat terbang juga.
Tuan R. Karpal Singh: Surat sumpah, surat
terbang kepada Perdana Menteri, sekarang dalam
tangan Peguam Negara .
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, Yang
Berhormat Pokok Sena.
Tuan R. Karpal Singh: Bukan semua orang
dapat.. ...
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: dia baca surat terbang .
Tuan Yang di-Pertua: Saya stoplah.
Tuan R. Karpal Singh: Ini bukan surat
terbang, Tuan Speaker.
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: Mengapa bukan surat terbang supaya
semua orang dapat?
Tuan R. Karpal Singh: Ini surat terbang?
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: Ya.
Tuan R. Karpal Singh: Buktikan. Saya boleh
panggil orang ini, Azizan bin Abu Bakar ke Dewan
InI. .....
Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat
Saman: Surat terbanglah itu.

LGE Layan PKR Macam Anjing - Tee Beng

Guan Eng layan PKR macam anjing? - Tee Beng

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang diminta berhenti mengkritik Lim Guan Eng, hari ini mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing.

Menurutnya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP hanya berkelakuan sopan dan menunjukkan sikap bertanggungjawab apabila berhadapan dengan media.

"Sebenarnya beliau tidak endahkan wakil rakyat PKR langsung dan terlalu berlagak dengan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Tee Beng, ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang yang semakin kecewa dengan pentadbiran Guan Eng.

"Sehubungan itu, saya meminta rakyat Pulau Pinang bersikap lebih terbuka dengan memilih calon yang benar-benar sesuai pada pilihan raya akan datang bagi menggantikan Ketua Menteri itu.

"Sudah tiba masanya untuk Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana kepimpinannya tidak lagi diperlukan rakyat Pulau Pinang," katanya.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu diminta Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Hussein Ali supaya berhenti mengkritik Guan Eng kerana ia hanya menjejaskan imej parti.

Bagaimanapun semalam Utusan Malaysia melaporkan, Tee Beng tidak akan berhenti daripada terus mendedahkan kepincangan kepimpinan Guan Eng sekalipun berdepan risiko dipecat.

Tee Beng yang merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang berkata, beliau bersedia membongkar semua rahsia dan cara pentadbiran Guan Eng pada bila-bila masa sahaja.

Tambah beliau, hampir semua wakil rakyat di negeri itu sudah muak dan bosan dengan janji-janji Guan Eng yang kononnya akan memperjuangkan nasib rakyat.

"Bayangkan setiap kali mesyuarat dalam negeri atau perjumpaan biro diadakan, Guan Eng tidak pernah mengambil tindakan susulan daripada perkara berbangkit sebaliknya hanya cakap kosong.

"Sehubungan itu, saya sebagai wakil akar umbi bertindak menegur beberapa perkara berbangkit kepada Guan Eng namun beliau menuduh saya telah mengkritik kepimpinannya," katanya.

Tee Beng turut mencabar Guan Eng menafikan dakwaannya itu jika ia salah.

"Saya tahu beliau tidak akan berani berbuat demikian kerana selama ini jika ada isu-isu berbangkit, beliau akan meminta pihak-pihak tertentu menjawab bagi pihaknya," jelas beliau.

Ditanya sama ada beliau berhasrat menyertai parti lain, jelasnya, setakat ini Jawatankuasa Disiplin parti belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

"Pada masa ini tiada orang yang mempelawa saya menyertai mana-mana parti, biasanya kalau mereka nak pecat, saya akan dikenakan tindakan tatatertib dahulu," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca juga posting oleh Big Dog sini.

Isu Kalimah Allah...Titah Majlis Raja-Raja

Isu kalimah Allah: Raja-Raja Melayu ambil maklum pelbagai permintaan

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-220 yang berlangsung semalam dan hari ini, mengambil maklum pelbagai permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam di negara ini yang menzahirkan rasa dukacita mereka tentang penterjemahan perkataan 'God' kepada Allah.

Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini, penterjemahan itu telah banyak menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

"Isu ini jika tidak ditangani dengan segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,"
kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan Perlembagaan Persekutuan juga memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri di negara ini.

"Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum-kaum lain.

"Raja-Raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam,"
kata kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu juga berpandangan, sebarang perbuatan yang merosakkan rumah ibadat adalah perbuatan provokatif yang amat membahayakan dan tidak harus dibenarkan sama sekali berlaku.

"Perbuatan-perbuatan khianat yang didorong oleh emosi, wajib dihentikan kerana tidak direstui malah ditegah daripada dilakukan oleh semua agama.

"Perbuatan tersebut adalah perbuatan jenayah yang perlu dibendung secara tegas dan segera," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, Raja-Raja Melayu turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia yang telah bertindak secara profesional bagi mengawal keadaan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

"Raja-Raja Melayu amat memahami tugas berat yang terpaksa mereka hadapi dan menyeru agar usaha-usaha pasukan keselamatan mengawal ketenteraman awam hendaklah diberikan sokongan sepenuhnya," kata kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu juga mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan, menurut kenyataan itu lagi.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah turut membincangkan perkara-perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Bernama

Nik Aziz Sesat...

Sambutan Maulidur Rasul, Benarkah Nik Aziz Menyimpang?

Sikap Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana menganggap ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai 'menyimpang'.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.

"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).

"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai sebab utama Maulidur rasul tidak disambut di negeri ini.

Ketika ditemui semalam, Nik Abdul Aziz berkata, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya.

Abdullah menjelaskan, Maulidur rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.

Tegasnya, Allah sendiri memuliakan nabi maka adalah sunat bagi umat manusia turut meraikan hari kelahiran baginda.

"Apa ini maulud..maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dengan mengadakan jamuan sedekah dan membaca kisah-kisah mengenai nabi.

"Nabi tak pernah larang dan tak pernah suruh tetapi zaman sahabat baginda dulu mereka meraikan kedatangan maulud dengan cara itu," tegas beliau

Sumber: Neutradaily