24 February 2010

Dulu PAS tentang OSA, sekarang tuntut guna OSA?

Gedebe mu Takiyuddin ... Mintak izin denge DAP doh? Suko-suko mu kecek nak guno OSA ...

Takiyuddin persoal maklumat mesyuarat Exco bocor

KOTA BHARU 16 Jan. – Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan mempersoalkan bagaimana keputusan mesyuarat Exco negeri itu berhubung pembelian aras bawah Bazar Tok Guru di sini boleh bocor kepada pihak tertentu.

Beliau yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri turut hairan bagaimana pemilik laman blog Kickdefella memperoleh maklumat tersebut kerana keputusan mesyuarat pada Rabu lalu itu masih belum disahkan.

Justeru, beliau meminta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjalankan siasatan tentang kebocoran maklumat tersebut kerana ia tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

“Keputusan ini dibuat pada Rabu lepas dan minit mesyuaratnya pun belum disahkan lagi, soalnya bagaimana maklumat ini boleh bocor.

"Saya minta Menteri Besar supaya menjalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat ini kerana kita bimbang akan menimbulkan isu yang tidak sepatutnya pada masa depan,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.

Menurut blog Kickdefella, kerugian itu dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta termasuk nilai tapak projek itu yang diserahkan kepada sebuah syarikat swasta seluas 3.36 hektar.

Ketika menjelang pilihan raya umum lalu, Menteri Besar dikatakan berjanji untuk memberikan aras bawah bangunan berkenaan kepada peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB kerana projek yang bakal dimajukan PMBK tidak berorientasikan keuntungan.

Namun, peniaga di dua tempat itu hanya diberikan ruang berniaga di tingkat satu dengan harga RM80,000 sehingga RM90,000 seunit selepas projek berkenaan diambil alih syarikat swasta berkenaan.

Sementara itu, Takiyuddin menjelaskan yang kerajaan negeri tidak mengalami kerugian sebanyak RM50 juta seperti yang digambarkan dalam blog tersebut.

Katanya, ia disebabkan setiap lot perniagaan aras bawah bangunan yang dibeli balik kerajaan negeri itu akan dijual kembali kepada para peniaga yang terlibat.

“Kita tidak rugi apa-apa, kerajaan hanya sediakan tapak untuk dibangunkan bersama di antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan sebuah syarikat, Sensa Timur Sdn. Bhd. bagi membina sebuah bazar.

“Sebagai timbal balas, syarikat itu memberikan aras satu dan dua yang bernilai RM40 juta kepada kita.

‘‘Bagaimanapun, pada mesyuarat Exco baru-baru ini kita memutuskan untuk membeli aras bawah yang bernilai RM23 juta dan kesemua lot perniagaan terbabit akan dijual semula bagi mendapatkan kembali wang yang dikeluarkan itu,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak menetapkan harga tertentu untuk semua lot perniagaan tersebut bagi dijual kepada para peniaga dari kedua-dua pasar berkenaan.

“Kita akan menjual semula lot-lot perniagaan ini setelah ia dibahagikan dengan harga belian aras bawah yang bernilai RM23 juta itu.

“Saya juga ingin tegaskan bahawa tidak timbul isu kerajaan negeri rugi RM30 juta untuk nilai tanah tapak itu kerana kita mendapat pulangan sebuah bangunan tanpa mengeluarkan sebarang modal,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 17/1/2010
KOMEN: Gedebe ni dah ghaflah. Bila maklumat ini sudah keluar dan sahih, isu kebocoran sudah jadi isu nombor 43.

Kenapa Ariffahmi boleh dibenarkan melakukan penyelewengan sedemikian rupa? Rancangan sosial yang baik sudah diswastakan untuk wang ringgit?

Rupanya kata orang paku serpih, kata orang diri yang lebih. PAS ni munafik ugama ...

No comments:

Post a Comment