24 February 2010

Tuesday, January 19, 2010 MYSTERY: Adakah PERKASA satu peringatan kepada UMNO? Blog Kepal Beras dan Kepal Nasi menyedari apa yang telah dan sedang di


Blog Kepal Beras dan Kepal Nasi menyedari apa yang telah dan sedang diperjuangkan oleh PERKASA, mirip kepada apa yang telah diperjuangkan oleh Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Razak. Menurutnya apa yang di bawa oleh PERKASA hari ini sebenarnya itulah perjuangan sebenar UMNO seperti mana yang telah dipelopori oleh pejuang terdahulu.

Menurutnya bekas Exco Pemuda UMNO sini, tiga kemungkinan kenapa orang Melayu mula menolak UMNO berikut:

1. Jatidiri orang Melayu sendiri yang sudah berubah;
2. Perjuangan UMNO yang sudah tidak selari dengan jatidiri orang Melayu; atau
3. Para pemimpin UMNO sendiri sudah tidak punya isi hati, aspirasi dan cita-cita yang seiring dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO.
Perihal jatidiri Melayu sudah berubah, dia berkata berikut:

Apa yang pasti, naluri itu adalah sesuatu yang semula jadi. Tidak mungkin naluri Melayu sudah menjadi tidak Melayu lagi.

Mesti ada sesuatu yang tidak kena kepada perjuangan UMNO hingga menyebabkan orang Melayu tidak lagi segan silu meninggalkan UMNO. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan orang Melayu sampai sanggup menyokong DAP.

Tidak mungkin orang Melayu benci kepada perjuangan alif ba ta kerana alif ba ta adalah naluri semula jadi setiap orang yang bernama Melayu.
Lalu ditanya di mana silapnya? Mungkin beberapa kesimpulan secara akademik boleh dibuat berikut:

1. Jika UMNO kekal dengan perjuangan yang berteraskan kepada naluri dan aspirasi bangsa Melayu, maka, UMNO akan tetap kekal disokong oleh orang Melayu, walau siapa pun yang memimpin UMNO.

2. Jika perjuangan UMNO lari dari garis panduan ini, tidak menjadi kehairanan kepada kita, hari ini orang Melayu berfikiran mereka tidak kisah lagi sama ada UMNO ada atau tidak di bumi ini.

3. Selagi pemimpin UMNO masih tetap kekal membawa perjuangan alif ba ta, maka selagi itulah orang Melayu tidak akan meninggalkan UMNO. Jika ini keadaannya bolehlah orang UMNO meneruskan slogan ‘UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO’.

4. Jika perlembagaan UMNO kekal, tetapi pendekatan yang dibawa oleh pemimpin UMNO tidak melambangkan aspirasi perlembagaan, maka tidak hairan kepada kita jika kita dapati orang Melayu tidak ada hati kepada UMNO. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka sebenarnya sedang mencari sesuatu yang telah hilang, iaitu bahtera yang membawa muatan segala khazanah perjuangan bangsa mereka.

5. Jika jati diri Melayu masih kekal, UMNO juga masih tetap membawa idealisma yang sama dan dalam masa yang sama para pemimpin yang memimpin UMNO juga tetap teguh berpegang kepada apa yang dibawa oleh UMNO, tetapi sokongan orang Melayu tidak juga bersama UMNO, maka sudah barang pasti ada sesuatu yang pelik telah berlaku kepada cara dan pemikiran orang Melayu. Mungkin ada rasukan atau virus luar yang telah menyebabkan pemikiran orang Melayu tidak lagi dapat memahami jati diri bangsa sendiri sehinggakan perkara yang paling sensitif yang menjejaskan kedudukan agama dan bangsa Melayu sudah dilihat enteng oleh mereka.
PERKASA dilihat adalah pengukur kepada intipati perjuangan Melayu. Baca kesimpulan berikut:

Kita lihat nanti bagaimana sokongan orang Melayu terhadap perjuangan PERKASA. Jika apa yang diperjuangkan oleh PERKASA diterima dan disokong oleh seluruh orang melayu, itu bermakna orang Melayu masih kekal dengan identiti Melayunya.

Jika tidak, itu bermakna keseluruhan organisasi Melayu termasuk UMNO harus memikirkan bagaimana untuk meletakkan kembali pemikiran orang Melayu supaya berada kembali di landasan yang seharusnya.
Pergi ke blog untuk tulisan sepenuh.

UMNO tidak perlu rendah hati dan malu untuk perjuangkan Melayu dan orang Bumiputera Sabah dan Sarawak. Yang penting sentiasa diseimbang dan dingat pada yang miskind an terpinggir dari pelbagai bangsa. Orang Melayu dan Bumiputera yang sudah maju belajar berdikari dan biarlah orang lain ambil peluang.

No comments:

Post a Comment