24 February 2010

Friday, January 29, 2010

NEWS: Zaharain panggil LGE diktator, cauvinis dan komunis


AIDCNews

PULAU PINANG: Selepas Zulkifli Nordin dan Azan Ismail, Datuk Seri Zaharain Mohd Hashim, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, pula mengkritik kepincangan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang.

Semalam, Zaharain mengkritik keras Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang disifatnya sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Malah bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang itu turut menegaskan, pakatan pembangkang harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka yang didakwanya gagal melaksanakan janji-janji yang 'ditabur' semasa pilihan raya umum lalu.

Zahrain berkata, Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dibiarkan terus memerintah dengan gaya diktatornya.

"Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan," dakwanya seperti yang dilaporkan oleh mstar online.

Baca seterusnya sini dan mStar sini.
Mana pu*i*ak yang dok panggil The Unspinners sebagai rasis tiap kali kritik LGE??? Sila jilat kuku kaki kami sampai putih licin berkilat!!!


No comments:

Post a Comment