24 February 2010

MYSTERY: Husam, Takiyuddin dan Anuar Tan makan komisyen?



Skrew kuat sudah kembali dah. Kali ini dia skrew sama tiga exco Kelantan - Husam Musa, Takiyuddin Hassan, dan Anuar Tan. Kasi kontraktor Cina projek. Apa lagi, mesdti makan komisyen lazimnya.

Baca petikan dari Skrew Kuat berikut:

... tindakan gedebeh-gedebeh ni bersekongkol dengan kroni-kroni mereka untuk menjual tiga projek mega kepada Syarikat Lembah Sireh Sdn.Bhd. yang didalangi oleh seorang kontraktor Kelas A berbangsa Cina. Tiga projek tersebut ialah:-

a. Projek pembinaan kondominium di kawasan perumahan Buluh Kubu, Kota Bharu
b. Seribu ekar tanah di Dataran tesco
c. Tapak Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jalan Temenggung

Baginda turut murka terhadap Peguam Nordin & Co. kerana menjadi perantara penjualan projek kepada Syarikat Lembah Sireh Sdn.Bhd.

... tiga projek tersebut yang sepatutnya dijalankan oleh syarikat tersebut telah di Ali Baba kan kontraktor bukan Melayu untuk mendapat keuntungan peribadi seterusnya menguncupkan ekonomi kontraktor Melayu.

Mungkin di Kelantan tiada atau kurang kontraktor Kelas A Melayu. Tukang Screw agak musykil sebab rakyat Kelantan serba lengkap dengan kepakaran dari segenap bidang.

... penglibatan tiga individu tersebut yang mempunyai kaitan dengan projek pembalakan di Kelantan sehingga ... keputusan membekukan segala permit pembalakan.
Sudahlah gagal nak jadi Timbalan Presiden PAS dan Anwar sudah ditepi jubur Sungai Buloh, cita-cita Husam nak jadi Menteri Besar akan berkubur di Pengkalan Kubur.

Skrew Kuat turut memberitahu tiga-tiga Abdul Al Kebasi akan digugurkan gelaran Dato mereka kelak. Apa blogger2 PAS nak jawab?

Dah dapat manual menjawab dari Idris Ahmad belum? Kita dah dapat ... hehehe.

MYSTERY: Bila Takiyuddin gedebe samun, besar kecil dia samun


Cerita berikut oleh penulis Harakah tentang samun besar Takiyuddin yang dipetik dari blog RBF bertarikh 29/12/2009:

Skandal MPKB BRI?

1. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa amalan kronisme dalam merompak tanah perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan.

2. Selepas saya sendiri turun ke Kota Bharu, saya mendapati Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (PMBK BRI) telah menjual beberapa bidang tanah kerajaan negeri secara kormersial.

3. Saya minta pihak berwajib sila siasat pembelian Tanah Perkuburan Umat Islam di Jalan Hamzah.

4. Saya minta pihak berwajib siasat misteri yang menempatkan Pasar Borong Baru Wakaf Che Yeh yang asalnya merupakan rizab tanah wakaf untuk tujuan perkuburan. Sumber korporat memberitahu tanah tersebut dimiliki oleh Sensa Timur Sdn. Bhd. Selebihnya, sila siasat Peguam Nordin Noor.

5. Sila siasat bersama pembelian sebidang tanah wakaf untuk rizab perkuburan Umat Islam di belakang Hotel Perdana. Dipercayai Kelantan Trade Center (KTC) yang sekarang tersergam indah turut didirikan atas sebahagian kecil tanah wakaf tersebut.

6. Saya juga berharap pihak berwajib sila menyiasat bagaimana 5 ekar di Telipot (Kg. Puteh) yang menempatkan suatu Bengkel MPKB BRI akhirnya dirobohkan, semata-mata untuk dijualkan kepada seorang kroni Exco.

7. Satu lagi, dilaporkan kroni exco terbabit diminta membina pejabat MPKB BRI sementara di atas tanah wakaf perkuburan, di Panji. Sejak 19 tahun yang lalu, didapati hanya kontena wujud di sana. MPKB BRI dilaporkan menggadai sebidang tanah wakaf di Telipot bernilai RM15 juta kepada kroni terbabit, untuk membina prasarana semestara (kontena) yang bersama tanah tidak sampai RM5 juta.

8. Saya tidak mahu menuduh Datuk Takiyyuddin Hassan terlibat disebabkan beliau adalah Exco yang menjaga MPKB BRI. Nanti, akan ada orang Pas mencemuh saya sebagai peribadi yang jahat dan tidak ada adab berjamaah (Pas).

9. Kalau boleh ditanya, sila tanya siapa Peguam Nordin Noor di sisi Takiyyuddin dalam pemilikan beberapa harta MPKB BRI secara penuh misteri. Kalau boleh ditanya kepada Nik Muhammad Abduh Nik Mat sekali, sebab dia ini dikenali sebagai orang bijak pandai agama di Kelantan.
Baca pula pendedahan samun kecilan oleh RBF bertarikh 18/1/2010. Petikan berikut:

Beliau adalah exco yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan di Kelantan. Maknanya MPKB berada di bawah kuasa beliau.

Saya difahamkan beliau telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai exco untuk 'memaksa' MPKB membeli tiket-tiket penerbangan dengan sebuah syarikat yang bernama Jasa Teratai Holidays Sdn Bhd. Rujuk di sini.

Saya difahamkan juga yang syarikat tersebut adalah milik salah seorang isteri beliau. Bukan sahaja MPKB yang terpaksa membeli tiket dengan syarikat tersebut, Majlis Daerah Ketereh juga sama.
Bagi yang tak tahu gedebe ini. Exco dan ADUN Kelantan ini yang sibuk pasal nak guna OSA terhadap kickdefella kerana mendedahkan maklumnat negeri.

Takiyuddin yang kini berpaut pula pada Nik Aziz kerana kalau Husam naik, saingnya pasti akan cantas beliau. Cah keting! Cah keting!

Takpa, kalau nak cah keting Husam, tunggu. Ada kes pasal Husam tiga sekawan akan datang. Jeng jeng jeng ...


No comments:

Post a Comment