
Di dalam Malaysian Business keluaran khas 15 Mach 2010 kita disajikan kembali 40 tokoh terkaya dalam Negara Malaysia ini.
No satu yang terkaya adalah Robert Kuok Hock Nien dengan nilai kekayaan sebanyak RM42.8 billion dan yang ke 40 di bawah terkaya ialah Datuk Seri Nazir Tun Razak dengan nilai sebanyak RM385.1 juta.
Dari 1 hingga 40 tokoh Melayu hanya 9 orang, tokoh India hanya 2 orang dan selainnya seramai 29 tokoh terdiri dari kaum Cina.
Jika dikumpul keseluruhan nilai tokoh-tokoh Melayu yang seramai 9 orang ini ianya berjumlah RM12.8billion. Jumlah terkumpul 2 orang tokoh India sebanyak RM27.6billion dan jumlah keseluruhan seramai 29 orang tokoh Cina ialah RM116.3billion.
Angka-angka ini jelas menunjukkan tokoh-tokoh Melayu sangat tercorot di bawah. Jangankan hendak bersaing dengan tokoh Cina, persaingan dengan 2 orang tokoh India yang berjumlah RM27.6billion pun ternyata tewas.
Ini bermakna kekayaan sebenar yang dikecapi dalam Negara ini hanya berlegar-legar dikalangan kaum Cina sahaja dan Melayu masih ketinggalan jauh.
Malaysian Business dalam sekitar 1990an dan tahun 2000 pernah menyajikan juga senarai-senarai tokoh-tokoh terkaya Melayu seperti Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Tan Sri Shamsudin Abu Hassan, Tan Sri Tajudin Ramli dan ramai lagi. Mereka ini rata-ratanya proxy kepada Tun Daim Zainudin selaku Bendahari UMNO ketika itu.
Persoalannya di manakah mereka hari ini? Apakah mereka benar-benar kaya atau lakonan kepada Melayu UMNO sahaja atau DEB dimanupulasikan? Dimana Tun Daim Zainuddin ketika ini? Malah yang lebih penting di mana kekayaan mereka dahulu? Adakah Tun Daim hanya proxy kepada UMNO atau tokoh-tokoh ini hanya proxy kepada Tun Daim? Yang mana satu wang mereka, yang mana satu wang UMNO dan yang mana satu wang Tun Daim?
Hari ini Tun Daim secara senyap-senyap membuka banyak banknya, ICB atau International Commerce Bank di Negara-negara yang peraturan dan system institusi kewangannya mudah dimanipulasikan seperti Tanzania, Mali,Ghana,Gambia, Sierra Leone, South Africa dan banyak lagi yang tidak diketahui.
Dari mana datangnya kekayaan Tun Daim itu? Malah persoalan utama yang perlu diketahui berapa baki jumlah terkumpul wang UMNO yang memerintah Negara ini selama 52 tahun selepas Tun Daim meletakan jawatannya sebagai Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan?
Bagaimana saham-saham dan asset UMNO diuruskan? Bagaimana kalau dicadangkan Malaysian Business mendedahkan tokoh-tokoh Melayu yang dahulunya terkaya kini telah kayap kerana hanya menjadi proxi atau kuda kayu.
No comments:
Post a Comment