24 February 2010

Rasuak Kek Dari Menantu!!!

Anwar memperkecil-kecilkan mengenai isu kek yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang Kelantan dalam ceramahnya.

Ianya seolah-olah perkara kecil yang patut dibiarkan kerana kononnya banyak skandal rasuah lain melibatkan BN.

Biar kita betulkan sesuatu dahulu. Mana BN terlibat dengan rasuah? Duit rasuah tidak masuk ke dalam akaun BN tapi masuk akaun perasuah secara peribadi. Perlu difaham bahawa rasuah adalah perkara peribadi.

Kedua kes-kes yang disebut Anwar semua hanya tuduhan tanpa bukti. Dan ada kes-kes itu sedang melalui proses penyiasatan dan dakwaan yang hanya menunjukkan kerajaan serius dalam hal rasuah. Takdalah isu untuk Anwar mainkan melainkna hanya permainan persepsi.

Mari kita lihat resit-resit yang diambil dari blog GAP:





Sila baca penerangan GAP sini.

Rasuah ini selalunya mula dengan kecil-kecil dan apabila tidak ada yang bersuara, maka dia menjadi besar. Kadang-kadang benda kecil dijaga tapi benda besar yang cuba dirembat tanpa dapat dikesan. Ada pula diambil benda kecil kerana susah untuk dikesan.

Bagi Anwar mahu memperkecil-kecilkan isu rasuah hanya kerana N.ajis orang yang lembut dan ulamak, maknanya dia tak faham persepektif rasuah di Kelantan.

Di Kelantan, sudah benda besar dan kecil pun berlaku rasuah. Boleh dikata N.Ajis sudah tahap diktator hingga tak dipedulikan suara2 lain. Lihat saja Ariffahmi dan Husam bermaharajalela. Isu kek ini menandakan bahawa sudah terlalu berleluasa korupsi dan nepotisma dalam pentadbiran Kelantan.

Anwar hanya melihat rasuah yang dilakukan oleh ahli politik BN dan mempertahankan rasuah yang dilakukan oleh ahli politik PR. Bandingkan dengan sikap BN yang sedia menyiasat dan hukum ahli politik BN.

Adakah Anwar serius mengenai rasuah? Tidak, dia hanya mempolitikkan rasuah.

No comments:

Post a Comment