24 February 2010

Anak Haram TBH

Anak Pembantu Politik EXCO Selangor Teoh Beng Hock (TBH) dan Soh Cher Wei selamat dilahirkan dua hari lepas.

Undang-undang di Malaysia memerlukan kedua ibupapa untuk hadir secara fizikal atau menunjukkan bukti bahawa mereka telah berkahwin untuk membolehkan anak mereka didaftarkan di atas nama bapa bayi berkenaan.

Tup ... tup ... kenapa pula untuk bayi TBH ada pengecualiannya pula? Kenapa sampai ada campurtangan daripada Perdana Menteri, DS Najib dan Menteri Amaran, DS Hishamuddin Tun Hussein?

TBH mati dibunuh atau bunuh diri itu soal kedua. Isu utama ialah beliau belum berkahwin secara sah di sisi undang-undang Malaysia dan perkahwinan secara tradisional atau spiritual tidak diiktiraf di negara ini.

Bagi saya anak yang lahir tanpa perkahwinan adalah anak luar nikah dan wanita yang melahirkan anak tanpa berkahwin hanyalah sekadar gundik. Jadi apakah alasan kita untuk membenarkan anak tersebut di '"bin"kan atau mempunyai nama "surname" TBH?

Mengikut Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976 (hereafter “LRA 1976”) dan Guardianship Act, mana-mana anak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang tidak didaftarkan dibawah LRA 1976, adalah mengikut keturunan ibu.

Justeru anak tersebut tidak boleh dinasabkan dengan TBH.

Apa yang boleh dilakukan oleh perempuan simpanan TBH itu adalah menjadikan anak tidak sah taraf itu sebagai anak angkat dibawah Akta Pengangkatan 1952.

Ini bulan isu agama dan kaum tetapi ini adalah isu undang-undang negara. Memang anak tersebut tidak bersalah. Yang bersalah adalah kedua ibubapanya yang melakukan hubungan seks tanpa nikah.

Apakah Malaysia sedang menuju ke arah idealogi menggalakkan penzinaan dan melahirkan anak luar nikah? Kita tidak mahu undang-undang Malaysia dipermainkan hanya kerana untuk menjaga survival politik yang sempit dan hati pihak-pihak minoriti yang kuat menyalak.

Sumber: Cucu Tok Selampit

Agaknya Nik Aziz dan Jamil Baharom dah kasi fatwa kata bukan anak haram ...

Hishamuddin Menteri Amaran Dalam Negeri ... jangan main approve. Kita orang kasi amaran akan buat police report atas kamu kerana melanggar undang2.

No comments:

Post a Comment